- JBS Sarawak
- Hits: 113
Karnival Sukan Luar Bandar dan Sukan Komuniti Pribumi Sarawak Berlangsung Meriah
- JBS Sarawak
- Hits: 113
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 28 OKTOBER 2025 – Karnival Sukan Luar Bandar dan Sukan Komuniti Pribumi Sarawak telah berlangsung dengan meriah pada 25 Oktober 2025 bertempat di Long San, Sarawak.
Program ini berjaya menarik penyertaan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat, sekali gus mewujudkan suasana penuh semangat kesukanan dan perpaduan masyarakat luar bandar. Antara aktiviti utama yang dipertandingkan termasuk sepak takraw, bola tampar, street soccer, dan acara menyumpit, yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta.
Majlis perasmian karnival telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Yang Berhormat Dato Dennis Ngau, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan penganjuran program sukan di luar bandar sebagai medium memperkukuh perpaduan dan membangunkan potensi komuniti pribumi.
Karnival ini turut melibatkan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Energetik Miri selaku rakan strategik, dalam usaha memperkukuh jaringan komuniti melalui sukan dan rekreasi.
Penganjuran program seperti ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat luar bandar, malah turut memperkasakan penglibatan komuniti pribumi dalam aktiviti sosial dan pembangunan belia di peringkat akar umbi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
