- JBS Sarawak
- Hits: 101
KEJOHANAN PICKLEBALL MAKSAK BAHAGIAN SIBU
- JBS Sarawak
- Hits: 101
SIBU, 19 OKTOBER 2025 - Kejohanan Pickleball MAKSAK Bahagian Sibu bersempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Sibu telah berlangsung selama 2 hari bermula 18 Oktober 2025 hingga 19 Oktober 2025. Seramai 48 beregu beraksi selama 2 hari bertempat di iPSS Pickleball Court, Island Club Sibu. Program anjuran bersama Pejabat Residen Bahagian Sibu dan MAKSAK Bahagian Sibu ini disempurnakan perasmian penutupan oleh wakil Yang Berhormat Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Negeri diiringi oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan Puan Nursyarmilla Binti Jeruis, Wakil Tuan Residen Sibu. Majlis berakhir selepas selesai penyampaian hadiah dan diharap pertandingan seperti ini akan terus diadakan untuk kita kekal aktif bersukan.
#MalaysiaAktif
#PBSBSibu
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
