1000 LIGA PERTANDINGAN MEMANAH TRADITIONAL PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

1000 LIGA PERTANDINGAN MEMANAH TRADITIONAL PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

SIBU, 18 OKTOBER 2025 - 1000 Liga Pertandingan Memanah Traditional telah berlangsung dengan meriah di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu bersempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sibu. Program anjuran bersama Kelab Memanah Teku ini disertai seramai 87 peserta yang terdiri dari penduduk kawasan Bahagian Mukah, Bahagian Sarikei dan majoriti dari sekitar Bahagian Sibu.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Melvin Chambai anak Gurang, wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu diiringi wakil daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dan Encik Saiful, Setiausaha Kelab Memanah Teku. Program ini menjadi platform mengeratkan silaturahim menggalakkan penglibatan belia dan sukan, selaras dengan semangat Hari Sukan Negara.

#MalaysiaAktif
#PBSBSibu
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search