SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT BAHAGIAN SIBU SIRI 6/2025

SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT BAHAGIAN SIBU SIRI 6/2025

Disediakan oleh: TT , JBSN Sarawak

SIBU, 18 OKTOBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibu telah mengadakan Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Sibu Siri 6 yang disertai oleh 40 orang warga emas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sibu. Objektif program ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup di samping dapat membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi serta masyarakat atau penggiat kecergasan komuniti. Program ini juga menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Semoga aktiviti berbentuk sukan kecergasan iaitu senamrobik, chairobic, berjalan laju (brisk walk) akan mendapat sambutan daripada golongan Warga Emas yang telah dikenalpasti oleh pihak PAWE Sibu. Terima kasih kepada rakan strategik, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Dudong Pickleball Club yang bersama-sama menjalankan aktiviti ini.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBSibu
#YakinBoleh!
#RakanAktif
#MalaysiaAktif

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search