- JBS Sarawak
- Hits: 50
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak
SIBU, 18 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara telah dilaksanakan dengan jayanya. YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak hadir merasmikan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sibu 2025 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu. Turut hadir pada Majlis Perasmian adalah Encik Macgyver Bin Boi, Wakil Residen Bahagian Sibu, ACP Zulkipli Bin Suhaili, Ketua Polis Daerah Sibu, Encik Boniface Bajai, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu dan Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan pada sambutan kali ini dengan acara utama adalah Larian Untuk Negara - Fun Run 5KM dan Kayuhan Madani - Fun Ride 15KM. Antara acara menarik yang lain juga telah dilaksanakan pada Sambutan HSN Sibu kali ini adalah HSN street soccer challenge, 3 x 3 basketball, memanah traditional, memanah recurve, tug of war, menyumpit, mewarna kanak-kanak, pertandingan Badminton, aerobicthon, sukan perpaduan dan Jalan Ria Madani - Family Walk.Sambutan HSN yang merupakan acara tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian ini dilaksanakan bagi memastikan warga Malaysia terus kekal sihat dan cergas dalam melalui kehidupan seharian.
SELAMAT MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA!!!
TERIMA KASIH WARGA SIBU, SARAWAK
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN STRATEGIK HSN SIBU.
Terima kasih Polis IPD Sibu atas kerjasama yang erat dalam menjayakan HSN Sibu 2025 ini.
#hsnsarawak2025
#HSN2025
#JBSNSarawak
#jbsnegara
#KBSMalaysia
#hsnsibu2025
#MalaysiaAktif
#pbsbsibu what
