MESYUARAT PENYELARASAN PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN WISMA PERSEKUTUAN BLOK 3, SIBU

MESYUARAT PENYELARASAN PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN WISMA PERSEKUTUAN BLOK 3, SIBU

Disediakan oleh: Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 13 Oktober 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JPPBGP) Wisma Persekutuan Blok 3, Sibu Bil. 3/2025 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, Wisma Persekutuan Blok 3, Sibu. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang itu dipengerusikan oleh Encik Kelyn bin Bolhassan, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JPPBGP) Wisma Persekutuan Blok 3, Sibu.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi menyelaras dan membincangkan perkara berkaitan penyenggaraan serta pengurusan bangunan gunasama persekutuan agar keadaan prasarana dan kemudahan pejabat di Wisma Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil-wakil daripada pelbagai jabatan persekutuan yang beroperasi di Wisma Persekutuan Sibu.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu diwakili oleh Encik Melvin Chambai anak Gurang dan Encik Muhammad Afif bin Ibrahim.
Mesyuarat turut menekankan pentingnya kerjasama semua jabatan dalam memastikan urusan penyenggaraan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memenuhi keperluan perkhidmatan awam yang efisien dan kondusif.
#PBSBSibu
#JBSNBersama
#HarungiBersama
#MalaysiaAktif
 
 
 
 
 
 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search