- JBS Sarawak
- Hits: 42
PROGRAM RAKAH MAHIR SKILL FOR LIFE @ PARLIMEN KANOWIT
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan Oleh: MCG, JBSN Sarawak
Kanowit, 12 Oktober 2025 — Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kolej Vokasional Sibu telah menganjurkan Program Rakan Mahir Skill For Life @ Parlimen Kanowit bertempat di NADI Kampung Muhibbah, Kanowit. Program ini memberi tumpuan kepada Kursus Asas Solekan, yang berjaya menarik penyertaan seramai 20 orang belia tempatan berumur antara 15 hingga 30 tahun. Penganjuran program ini bertujuan memberi peluang kepada golongan belia untuk mempelajari kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan dalam bidang keusahawanan dan penjanaan pendapatan. Kursus ini turut menekankan aspek asas solekan harian serta teknik asas penjagaan wajah yang betul, bagi meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran praktikal peserta.
Inisiatif Rakan Mahir Skill For Life merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian untuk memperkukuh pembangunan belia berkemahiran, seiring dengan matlamat melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berdikari.
#MalaysiaMadani
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#PBSBSIBU
#Rakanmahir
