PROGRAM SKILL FOR LIFE @ PARLIMEN SELANGAU DEKATI BELIA MELALUI KURSUS ASAS SOLEKAN

PROGRAM SKILL FOR LIFE @ PARLIMEN SELANGAU DEKATI BELIA MELALUI KURSUS ASAS SOLEKAN

Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak

Selangau, 11 Oktober 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kolej Vokasional Sibu telah berjaya menganjurkan Program Skill For Life @ Parlimen Selangau yang menampilkan Kursus Asas Solekan sebagai pengisian utama. Program jangka pendek ini disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia berumur antara 15 hingga 30 tahun, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Selangau. Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada belia, khususnya wanita muda, dalam bidang kemahiran solekan yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan sampingan mahupun kerjaya sepenuh masa. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk membina keyakinan diri dan memperkasa potensi belia dalam bidang kecantikan dan keusahawanan.

Tenaga pengajar dari Kolej Vokasional Sibu telah memberikan tunjuk ajar secara teori dan praktikal kepada peserta meliputi teknik asas solekan, penjagaan alatan serta etika dalam bidang kecantikan. Pendekatan latihan secara interaktif turut memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara langsung. Program ini turut mendapat sambutan positif daripada para peserta yang berharap agar lebih banyak program berorientasikan kemahiran seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.Dengan penganjuran Program Skill For Life @ Parlimen Selangau, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa belia luar bandar agar lebih berkemahiran, berdaya tahan dan mampu berdikari dalam menjana masa depan yang lebih cerah.
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
#rakanmuda
#rakanmahir
#PBSBSibu
#TeamJBSN
 
 
 
 
 
 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search