- JBS Sarawak
- Hits: 44
PERSIAPAN AERO BIG DAY 2025 DI SIBU BERJALAN LANCA
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: Afif, JBSN Sarawak
SIBU, 11 Oktober 2025 – Persiapan untuk program Sarawak Fitness Charity – Aero Big Day 2025 yang bakal berlangsung di Sibu esok berjalan dengan lancar. Program anjuran BANTU Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini merupakan sebahagian daripada Project Noah’s Ark, iaitu inisiatif kebajikan berteraskan komuniti bagi membantu masyarakat di seluruh Sarawak melalui aktiviti kesihatan dan sukan.
This year traveling to China is easier than ever
Sibu menjadi lokasi ketiga penganjuran selepas Miri dan Bintulu, sebelum acara kemuncak di Kuching pada 19 Oktober nanti. Menurut pihak penganjur, aktiviti yang bertemakan “Jom Amal, Jom Aerobik!” ini bukan sekadar memupuk gaya hidup sihat, tetapi juga bertujuan mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan di negeri ini.Antara penaja utama program termasuk Sarawak Energy, CelcomDigi, ThreeTea, 100PLUS, BA BusAsia, Anlene dan JY One Stop Services yang turut menyokong usaha memperkukuh budaya kecergasan serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.
Penduduk Sibu dijangka membanjiri lokasi program bagi menyertai sesi aerobik beramai-ramai yang akan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah, selain pelbagai aktiviti menarik lain yang disediakan untuk seisi keluarga.
Program ini diharap dapat menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan komuniti serta memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti senaman secara berkala.
#PBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
#RakanAktif
