MESYUARAT PENGANJURAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

MESYUARAT PENGANJURAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan oleh: Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 10 Oktober 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelaksana Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Sibu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama Tuan ACP Zulkipli bin Suhaili, Ketua Polis Daerah Sibu dan Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Pelbagai agensi kerajaan, jabatan, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir bagi membincangkan pelaksanaan program Hari Sukan Negara 2025 peringkat bahagian.

Antara cadangan aktiviti utama yang bakal diadakan termasuk Kayuhan Madani Fun Ride 15KM, Larian Untuk Negara Fun Run 5KM, Berjalan Ria Madani Family Walk 2KM, Pertandingan Aerobithon, Street Soccer Challenge, 3-on-3 Basketball, Tarik Tali, Memanah Tradisional & Moden, serta Pertandingan Petanque. Selain itu, program khas seperti Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Sukaneka Perpaduan Madani, Mari Mencuba Menyumpit, dan Pertandingan Pickleball turut dirancang bagi menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, warga emas, dan OKU. Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Sibu dijangka berlangsung dengan penglibatan aktif daripada masyarakat setempat selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semangat Malaysia MADANI bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan budaya bersukan di kalangan rakyat.

#PBSBSibu
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
#MalaysiaAktif

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search