- JBS Sarawak
- Hits: 42
SESI PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA KOLEJ VOKASIONAL SIBU DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SIBU
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan Oleh: MCG, JBSN Sarawak
SIBU, 2 Oktober 2025 — Satu sesi perbincangan telah diadakan antara pihak Kolej Vokasional Sibu dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bagi membincangkan pelaksanaan Program Skill For Life @ Parlimen. Perbincangan tersebut melibatkan Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Sibu, Puan Ling Tiong Yung, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Bohari Bin Kimis, serta wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Tujuan utama sesi ini adalah untuk merangka bentuk kerjasama strategik dalam menjayakan Program Skill For Life @ Parlimen, yang akan melibatkan empat kawasan parlimen iaitu Sibu, Selangau, Kanowit dan Lanang. Program ini dijangka memberi peluang kepada golongan belia untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan teknikal selaras dengan keperluan semasa. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk memperkukuh jaringan kolaborasi antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan, sekaligus memastikan manfaat program dapat disampaikan secara meluas kepada golongan belia di kawasan terlibat.
#Rakanmuda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#PBSBSibu
#MalaysiaAktif
#RakanAktif
