- JBS Sarawak
- Hits: 85
Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak Semarakkan Semangat Kesukanan di Bau
- JBS Sarawak
- Hits: 85
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Bau, 25 Oktober 2025 - Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 25 Oktober 2025 di Kampung Krokong, Bau.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Krokong ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat luar bandar, khususnya komuniti pribumi di kawasan tersebut.
Pelbagai acara sukan diadakan seperti futsal, menyumpit, serta sukaneka yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Penganjuran program ini berjaya mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti tempatan serta menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan di peringkat akar umbi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#HSN2025
