- JBS Sarawak
- Hits: 52
SAMBUTAN HARI WARGA EMAS SEMPENA SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT BAHAGIAN SIBU
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh: TT , JBSN Sarawak
SIBU, 1 OKTOBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibu telah mengadakan Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Sibu Siri 1 yang disertai oleh 40 orang warga emas di Community Support Center (CSSC) sebagai tanda bermulanya aktiviti ini dan akan berakhir selama 10 siri iaitu pada 29 Oktober 2025.
Objektif program ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup di samping dapat membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi serta masyarakat atau penggiat kecergasan komuniti. Program ini juga menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Semoga aktiviti berbentuk sukan kecergasan iaitu senamrobik, chairobic, berjalan laju (brisk walk) akan mendapat sambutan daripada golongan Warga Emas yang telah dikenalpasti oleh pihak PAWE Sibu. Terima kasih kepada rakan strategik, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Dudong Pickleball Club yang bersama-sama menjalankan aktiviti ini.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBSibu
#YakinBoleh!
#RakanAktif
#MalaysiaAktif
