- JBS Sarawak
- Hits: 9
Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) Zon Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 9
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 22 Oktober 2025- Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) Zon Sarawak telah diadakan hari ini bertempat di Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan terhadap cadangan pindaan Akta berkenaan bagi memperkukuh tadbir urus, pembangunan dan profesionalisme dalam sektor sukan negara.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang turut menyampaikan ucaptama.
Sesi taklimat pindaan telah disampaikan oleh Dr. Nazira Binti Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KBS Malaysia.
Turut hadir ialah Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta Encik Azizi Bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak.
Sesi ini melibatkan penyertaan daripada ahli jawatankuasa induk badan-badan sukan di negeri Sarawak serta wakil agensi kerajaan.
Program ini diharap dapat memperkukuh kefahaman dan kerjasama strategik dalam memastikan pembangunan sukan negara terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#HSN2025
