- JBS Sarawak
- Hits: 10
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG MENYEMARAKKAN LAGI PERPADUAN KAUM MELALUI AKTIVITI SUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan oleh:HWH, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 24 OKTOBER 2025 – “Perpaduan ummah tunjang silaturahim” menjadi satu ideologi menarik dalam memberi wadah persahabatan kukuh di antara kaum yang terdapat di Bahagian Limbang. Pada minggu lalu telah berlangsung satu Program yang dinamakan Hari Sukan Negara & Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Bahagian Limbang yang bertempat di Dewan Suarah, Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan ini telah dirasmikan Oleh Yang Berhormat, Datuk Haji Hasbi Bin Habibollah, Timbalan Menteri pengangkutan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen P221 Limbang. Turut hadir iaitu Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang dan Dr Norliza Binti Jusoh, Pegawai kesihatan Bahagian Limbang.
Antara sukan yang dijalankan sempena Hari Sukan Negara kali ini ialah Fun run, Fun Walk , Fun ride, Pickle ball, Aerobik, Tinju dan pameran Jabatan merancakkan lagi HSN pada edisi kali ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
