- JBS Sarawak
- Hits: 146
KARNIVAL SUKAN SABERKAS (KASUS) MENYEMARAKKAN LAGI PERPADUAN KAUM MELALUI AKTIVITI SUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 146
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 24 OKTOBER 2025 – “Perpaduan ummah tunjang silaturahim” menjadi satu ideologi menarik dalam memberi wadah persahabatan kukuh di antara kaum yang terdapat di Bahagian Limbang. Pada Hujung minggu lalu telah berlangsung satu Karnival sukan yang dinamakan Karnival Sukan Saberkas(KASUS). Karnival ini merupakan acara tahunan yang dijayakan oleh Saberkas cawangan Bukit Kota Limbang.
Acara ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Paulus Palu Anak Gumbang , Ahli dewan undangan Negeri Batu Danau. Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Tuan Sulaiman Bin Engal dan Pengerusi Majlis Daerah Limbang Kr Sufian Bin Mohat. Mewakili pegawai belia dan Sukan Iaitu Encik Mohd Hafizul Helmi Bin Md Zain turut hadir memeriahkan majlis perasmian tersebut.
Kasus 2025 telah menarik penyertaan 517 peserta daripada 19 unit saberkas di bawah cawangan Bukit Kota limbang. Antara acara yang dipertandingankan iaitu futsal, bola tampar, badminton dan petanque merancakkan lagi karnival KASUS pada edisi kali ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
