- JBS Sarawak
- Hits: 86
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI PERTANDINGAN DOODLE ART
- JBS Sarawak
- Hits: 86
Disediakan oleh : HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 24 OKTOBER 2025 – “TUNTUTLAH ILMU BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CINA” slogan yang menjadi pengangan seorang anak Pegawai PGA iaitu Avnie Vesabell Staniskalaus semasa ditanyakan pengalaman mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi Pertandingan Doodle Art Peringkat Kebangsaan sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan yang akan dijalankan pada awal bulan ini di Mytown, Cheras, Kuala Lumpur. Beliau menzahirkan rasa syukur kerana mampu bersaing sehebat ini . Turut mengiringi beliau iaitu Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda PBSB Limbang, Puan Aimy Alisha Charlie berasa bangga apabila seorang anak muda yang berbakat besar ini mampu memberi saingan hebat untuk edisi kali ini.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang mengucapkan tahniah kepada beliau dan diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini mampu mengurangkan gejala tidak baik dikalangan masyarakat dan mampu memberi semangat para belia yang lain di Bahagian Limbang untuk terus bergiat aktif.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
