- JBS Sarawak
- Hits: 88
KERJASAMA YANG BAIK DALAM SEGALA BIDANG TUNJANG KEUTUHAN PERPADUAN UMMAH
- JBS Sarawak
- Hits: 88
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 24 OKTOBER 2025 – “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” Slogan Semangat yang selalu digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dalam menjankan tugas dan amanah menjaga kestabilan dan keamanan masyarakat. Satu perjumpaan dan kunjungan hormat telah diadakan pada minggu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang di antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bersama IPD Limbang. Perjumapaan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua jabatan di bahagian Limbang ini serta merencana program yang boleh dilaksanakan bersama-sama bagi tahun 2025 ini.
DSP Peter Anak Jumat, Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang berkata, perjumpaan seperti ini haruslah dijadikan acara tahunan agar kedua agensi ini sentiasa bersua muka bertanya khabar serta bertukar pandangan satu sama lain. Beliau juga berkata kerjasama yang baik diantara pihak polis dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang haruslah dikekalkan.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
