- JBS Sarawak
- Hits: 114
Kelab Belia Kampung Pusa (KBKP) Terima Sijil Penarafan 4 Bintang
- JBS Sarawak
- Hits: 114
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak.
BETONG, 24 Oktober 2025 - Sesi penyerahan Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia kepada Kelab Belia Kampung Pusa (KBKP) telah diadakan pagi ini bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Pencapaian Kelab Belia Kampung Pusa (KBKP) berjaya memperoleh penarafan empat (4) bintang bagi tahun 2023 daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Sesi penyerahan sijil telah dihadiri oleh penasihat kelab tersebut iaitu Encik Mohamad Salehan bin Andan.
Sijil penarafan telah disampaikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj.Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, sebagai tanda penghargaan terhadap keaktifan kelab tersebut dalam membantu pejabat menganjurkan pelbagai program pembangunan belia dan rakan muda di Betong. Diharapkan kelab ini akan terus maju dan menjadi contoh kepada pertubuhan belia lain di Bahagian Betong.
