WARGA DALAT SAMBUT HARI SUKAN NEGARA DI WATERFRONT DALAT

WARGA DALAT SAMBUT HARI SUKAN NEGARA DI WATERFRONT DALAT

Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 23 OKTOBER 2025 – Sambutan Hari Sukan Negara di daerah Dalat telah diadakan pada 19 Oktober 2025 bertempat di Waterfront Dalat. Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Waterfront Dalat yang diketuai Kr. Abdul Halim Hamdian dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan PAWE Dalat telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik  seperti acara sukaneka, poco-poco, senamrobik, cabutan bertuah dan penyampaian sumbangan bermula seawal jam 2 petang sehingga 6.45 petang. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Nurul Khairun Nisa Kamruddin, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Dalat mewakili Pegawai Daerah Dalat, Hadir sama Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Turut hadir memeriahkan program Puan Rasidah Rasit Penguasa Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Bahagian Mukah. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search