ACARA DART 1000 LIGA MUKAH MERIAHKAN KARNIVAL SUKAN PMU

ACARA DART 1000 LIGA MUKAH MERIAHKAN KARNIVAL SUKAN PMU

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 23 OKTOBER 2025 – Penyertaan lebih 50 orang dalam acara dart 1000 Liga Mukah telah memeriahkan Karnival Sukan Politeknik Mukah baru-baru ini. Hasil kerjasama baik Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Politeknik Mukah mampu menterjemahkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar dan kakitangan mampu dilaksanakan dengan jayanya. Program 1000 Liga Dart yang telah diadakan pada 18 – 19 Oktober 2025 di Pusat Sukan PMU mampu menggerak komuniti ke arah gaya hidup aktif dan pembudayaan sukan itu sendiri. 

Penganjuran program 1000 juga sebagai sokongan pihak PMU sempena sambutan Hari Sukan Negara Bahagian Mukah 2025 yang dirasmikan pada 18 Oktober 2025 di Balingian baru-baru ini. Majlis penyampaian hadiah bagi acara dart 1000 liga Mukah 2025 telah disempurnakan Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Mukah. Turut hadir Encik Jeremy Luguh, Pegawai Belia dan Sukan di Pusat Sukan PMU. Syabas dan tahniah atas kejayaan PMU bersama Pejabat Belia dan Sukan dalam penganjuran program.Terima kasih diucapkan atas sokongan padu dan kerjasama erat yang sentiasa diberi demi pembangunan komuniti setempat.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search