HSN2025 Kuching Tetap Meriah

HSN2025 Kuching Tetap Meriah

HSN2025 Kuching Tetap Meriah
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 23 Oktober 2025 –  Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang telah menjadi lokasi pelaksanaan Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Bahagian Kuching pada 18 Oktober 2025 yang lalu.  Sebanyak 17 aktiviti telah dilaksanakan pada hari tersebut.  Selain itu, pameran juga turut diadakan yang disertai oleh 19 agensi Kerajaan, swasta dan NGO’s.  Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif dan memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum adalah antara objektif pelaksanaan HSN2025 ini.  Malaysia Aktif telah diangkat menjadi tema HSN2025 pada tahun ini dan aktiviti kayuhan Madani serta larian ria Madani dijadikan sebagai acara utama.  

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik See Chee How, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Batu Lintang. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Puan Dayang Hajah Joanita Azizah Abang Haji Morshidi, Residen Bahagian Kuching dan Yang Berusaha Dr Abang Ismail Haji Abang Julhi, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#YakinBoleh!
#RakanAktif
#MalaysiaAktif
#HSN2025

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search