- JBS Sarawak
- Hits: 88
Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Kapit Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Komuniti
- JBS Sarawak
- Hits: 88
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 22 Oktober 2025 - Program Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Bahagian Kapit yang berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober telah mencipta suasana meriah dengan kehadiran lebih 2,000 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Acara bermula pada 17 Oktober di SMK Kapit No. 2 dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk senamrobik, fun run, fun walk, sukan memanah dan ping pong. Turut memeriahkan suasana ialah aktiviti busking, gerai jualan dan cabutan bertuah yang menarik minat ramai pengunjung.
Pada 18 hingga 19 Oktober, tumpuan beralih ke Dewan Suarah Kapit dengan pelaksanaan fun run 3km, pertandingan dart, futsal serta jualan Rahmah yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Program tiga hari ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) dengan kerjasama SMK Kapit No. 2 dan JAKIM Sarawak sempena Kapit Madani Festival 2025. Penganjuran HSN tahun ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi, tetapi juga memperkukuh semangat perpaduan serta gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
