- JBS Sarawak
- Hits: 109
Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Kapit 2025 Siri 2 di PAWE Song
- JBS Sarawak
- Hits: 109
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
SONG, 15 Oktober 2025 – Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Kapit 2025 Siri 2 telah diadakan dengan jayanya di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Song, melibatkan penyertaan seramai 40 orang warga emas. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit (PBSB Kapit) dengan kerjasama PAWE Song ini turut menarik minat golongan muda yang hadir bagi memberikan sokongan serta turut sama menyertai aktiviti senamrobik tersebut. Aktiviti senaman aerobik duduk (chairobic) telah dikendalikan oleh Cikgu Deffenie Michelle Masing. Inisiatif ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas, malah turut menggalakkan interaksi antara generasi muda dan warga emas dalam suasana mesra dan harmoni.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
