- JBS Sarawak
- Hits: 84
Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Kapit 2025 Siri 1
- JBS Sarawak
- Hits: 84
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 22 Oktober 2025 – Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Kapit 2025 Siri 1 telah berjaya dilaksanakan di Town Square Kapit pada 15 Oktober yang lalu bermula jam 5.00 petang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama Persatuan Kapit Tari ini menarik penyertaan lebih daripada 50 orang warga emas dari sekitar Kapit. Program ini bertujuan menggalakkan golongan warga emas untuk kekal aktif, sihat dan ceria melalui aktiviti senamrobik ringan yang sesuai dengan tahap fizikal mereka. Inisiatif ini juga menjadi platform mengeratkan hubungan sosial antara peserta dalam suasana riang dan penuh semangat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
