- JBS Sarawak
- Hits: 135
Kelab Belia Gagasan Pekan Song Terima Sijil Penarafan 4 Bintang
- JBS Sarawak
- Hits: 135
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
SONG, 22 Oktober 2025 - Satu majlis ringkas sesi penyerahan Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia telah diadakan bagi mengiktiraf pencapaian Kelab Belia Gagasan Pekan Song (GBSG) yang berjaya memperoleh penarafan empat (4) bintang bagi tahun 2024 daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa tertinggi kelab tersebut yang diketuai oleh Encik Romio Akau selaku Timbalan Pengerusi yang mewakili Pengerusi, Encik Herbert Sumok Johnny yang tidak dapat hadir atas urusan kerja.
Sijil penarafan telah disampaikan oleh Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, sebagai tanda penghargaan terhadap keaktifan kelab tersebut dalam menganjurkan pelbagai program pembangunan belia terutamanya di daerah Song. Penganugerahan ini mencerminkan komitmen tinggi GBSG dalam memperkasa golongan belia melalui aktiviti sosial, sukan, dan komuniti. Diharapkan kelab ini akan terus maju dan menjadi contoh kepada pertubuhan belia lain di Bahagian Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
