- JBS Sarawak
- Hits: 104
Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 10 Peringkat Bahagian Kapit 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 104
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 22 Oktober 2025 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 10 Peringkat Bahagian Kapit telah berjaya dilaksanakan di kawasan tempat letak kereta Dewan Suarah Kapit pada petang 2 Oktober yang lalu. Program yang dikelolakan oleh Panda Athletic Club sebagai rakan strategik program ini berjaya menarik penyertaan lebih 50 orang peserta daripada pelbagai lapisan umur.
Aktiviti utama yang dijalankan ialah senaman Tabata, iaitu senaman berintensiti tinggi yang memberi tumpuan kepada kecergasan dan ketahanan fizikal. Sesi bermula jam 5.00 petang hingga 6.00 petang, diiringi suasana ceria dan penuh semangat dalam kalangan peserta. Penganjuran siri ke-10 ini merupakan sebahagian daripada 12 siri program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025, yang bertujuan membudayakan gaya hidup aktif serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan kecergasan fizikal.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbkapit
