- JBS Sarawak
- Hits: 148
Program Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (PKPK) Bil. 3/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 148
Disediakan oleh : O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 22 Oktober 2025 – Kursus Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (PKPK) Bil. 3/2025 anjuran Perbendaharaan Malaysia Sarawak telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Oktober yang lalu.
Program ini merupakan program tahunan PMSarawak untuk memberi kesedaran kepada kakitangan dan pegawai perkhidmatan awam terhadap prosedur perolehan terkini dan memberi maklumat mengenai pekeliling terkini dalam usaha mengurangkan kes ketidakpatuhan prosedur atau tatacara kewangan dan perolehan Jabatan/Agensi Persekutuan di Sarawak.
Program ini juga telah dihadiri oleh Encik Lanting Mala, Pembantu Belia dan Sukan dan Cik Uja Rama Nyangun, Pembantu Tadbir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Seramai 30 jabatan kerajaan negeri dan persekutuan daripada daerah Kapit, Song dan Kanowit telah menghadiri program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBKapit
