PERTANDINGAN AEROBICTHON SEMPENA HARI SUKAN NEGARA MUKAH 2025

PERTANDINGAN AEROBICTHON SEMPENA HARI SUKAN NEGARA MUKAH 2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 20 OKTOBER 2025 – Pertandingan aerobicthon merupakan salah satu aktiviti sebagai pengisian kepada Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 17 Oktober 2025 di Dewan Sri Balau, UiTM Kampus Mukah. Pertandingan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama UiTM Kampus Mukah tersebut telah disertai 20 pasukan.

Pertandingan tersebut telah dimenangi Revoluxe Crew dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 500.00, Tempat kedua dan ketiga telah dimenangi Tubai Crew dan  D’Purple Igan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300.00 dan  RM200.00 manakala Aeroboom Squad dan Ohh Yeahh Ohh Yeahh masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100.00 bagi tempat keempat dan kelima.  Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian. Turut hadir Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong  Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search