PPKS MUKAH MERIAHKAN SAMBUTAN HARI  SUKAN NEGARA 2025

PPKS MUKAH MERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025

Disediakan oleh : Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 20 OKTOBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah bagi penganjuran aktiviti senam cergas dan sukaneka sempena  Program Sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Mukah. Aktiviti senam cergas dan sukaneka PPKS Mukah telah diadakan pada 17 Oktober 2025 di Kala Dana, Mukah. 

Program ini telah disertai 200 orang peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangan PPKS Mukah. Hadir sama menyaksikan aktiviti yang dilaksanakan oleh mereka ialah Encik Mohammad Arbi Rosli dan Puan Noorlina Mirais. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu PPKS Mukah bagi memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini.  

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search