PERSIAPAN AKHIR TEMPAT SAMBUTAN PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH 2025

PERSIAPAN AKHIR TEMPAT SAMBUTAN PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH 2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 20 OKTOBER 2025 – Persiapan akhir Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 sedang giat dijalankan bagi memastikan program tersebut berjalan lancar pada 18 Oktober 2025 nanti. Encik Mohammad Arbi Rosli dan Puan Noorlina Mirais turut hadir membantu sukarelawan yang terlibat. Selain itu, perbincangan antara Ahli Jawatankuasa Balingian Brotherhood Sport and Recreation Club turut diadakan.

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 akan diadakan di Tapak Pesta Bederun, Daerah Kecil Balingian dan akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Abdul Yakub bin Haji Arbi, Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Balingian. Pelbagai aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan program antaranya Kayuhan Ria Madani 23KM, Larian Ria Madani 5KM dan Berjalan Ria Madani 3KM. Acara senamrobik, Pameran Kesihatan KKM, Gerai Jualan, Sukaneka KRT Balingian, Jualan Rahmah Madani serta aktiviti mari mencuba turut diadakan. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search