KERJASAMA AGENSI, KELAB DAN PERSATUAN SUKAN BANTU JAYAKAN HSN MUKAH 2025

KERJASAMA AGENSI, KELAB DAN PERSATUAN SUKAN BANTU JAYAKAN HSN MUKAH 2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 21 OKTOBER 2025 – Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 pada 17-19 Oktober 2025 baru-baru ini kejayaan penganjurannya adalah hasil kerjasama dan sokongan padu agensi dan kelab-kelab serta komuniti setempat. Hal ini membuktikan bahawa semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan masyarakat telah menghasilkan gaya hidup aktif dan sihat dengan sokongan padu diberikan bagi memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi, kelab dan persatuan serta komuniti setempat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan penuh dalam menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah selama tempoh 3 hari tersebut. Moga kerjasama dan sokongan padu ini dapat diteruskan pada masa-masa mendatang dalam kita bersama-sama membangunkan kehidupan sosial masyarakat di bahagian Mukah demi sebuah ekosistem yang sihat dan aktif.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search