- JBS Sarawak
- Hits: 70
MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA BAHAGIAN MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 70
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 21 OKTOBER 2025 – Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Abdul Yakub bin Haji Arbi pada 18 Oktober 2025 bertempat di Tapak Pesta Bederun, Daerah Kecil Balingian. Beliau turut diiringi Tuan Shafrie Saili, Timbalan Residen Mukah, Encik Peleadzman Ahip, Pegawai Daerah Mukah dan Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Hari Sukan Negara diadakan pada setiap tahun pada minggu kedua bulan Oktober sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Bersukan dengan masyarakatnya membudayakan sukan dalam semua peringkat. Sukan juga merupakan elemen penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2025 telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan seperti Senamrobik, Zumba, Larian Ria Madani, Kayuhan Madani, Berjalan Ria Madani, aktiviti mewarna KEMAS, Pertandingan Aerobicthon, Kejohanan E-Sport, Memanah, Street Soccer, sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti sukan yang dilaksanakan.
