Karnival Futsal Junior Challenge 2025 Anjuran Kelab Bola Sepak Kasukan

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak 

BETONG, 21 Oktober 2025- Kelab Bola Sepak Kasukan telah menganjurkan Karnival Futsal Junior Challenge 2025 yang berlangsung dua hari iaitu pada 19 dan 20 Oktober 2025 bertempat di Dewan Sukan Baru Kpg Tuie. Dua kategori utama dipertandingkan iaitu lelaki junior U-16 dan U-13. 

Pelaksanaan program ini telah dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Kasukan dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK).

Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj Piee bin Hj Alwi, Temenggong Melayu Betong.Turut hadir ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. 

Menurut Cik Nurulzamzam, pelbagai aksi menarik dan penuh semangat ditampilkan oleh para peserta cilik sepanjang kejohanan berlangsung. Beliau turut meluahkan rasa kagum dengan semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan oleh para pemain muda sekaligus membuktikan potensi besar mereka dalam arena futsal.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search