- JBS Sarawak
- Hits: 104
Kejohanan Bola Sepak U12 GMP 2025 Anjuran Kelab Bola Sepak GMP Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 104
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 21 Oktober 2025 – Kompleks Sukan Betong menjadi tumpuan apabila berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak U12 GMP Betong pada 19 Oktober 2025 di Kompleks Sukan Betong. Kejohanan ini Berjaya menghimpunkan pasukan-pasukan cilik berbakat dari pelbagai kawasan sekaligus memberi peluang kepada pemain cilik menonjolkan bakat mereka.
Gimik disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong serta sekaligus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pasukan yang berjaya.
Pelaksanaan program ini dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak GMP Betong dan telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK).
Matlamat utama kejohanan ini adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain bola sepak muda serta memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan disiplin sejak usia awal. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran ramai ibu bapa, jurulatih serta peminat bola sepak tempatan yang hadir memberi sokongan kepada para pemain.
