- JBS Sarawak
- Hits: 113
Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2 Tahun 2025 Bahagian Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 113
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 20 OKTOBER 2025 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2 Tahun 2025 (Kategori Kanak-Kanak daripada Golongan Keluarga B40) bagi Negeri Sarawak dibawah kendalian Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri bertempat di Kolam Renang Naim Southlake, Miri telah bermula pada 11 Oktober 2025.
KLAS Renang ini dilaksanakan sebanyak 12 sesi latihan melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Pelaksanaan program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Renang Amatur Miri (MASA).
Melalui program ini, para peserta diberi pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat, membina keyakinan di dalam air (water confidence) dan membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
