- JBS Sarawak
- Hits: 88
Umur Bukan Penghalang Untuk Menyertai Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 88
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 20 OKTOBER 2025 – Pasukan Sekalor yang terdiri daripada gabungan peserta warga emas dan belia telah berjaya menghabiskan sesi kecergasan selama satu jam Pertandingan Aerobicthon Peringkat Bahagian Miri 2025 bersempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2025 pada 18 Oktober 2025 bertempat di perkarangan parkir Dewan Majlis Bandaraya Miri.
Pasukan ini pernah menyertai Aerobicthon Challenge sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri pada tahun sebelumnya. Dengan berpakaian seragam bertemakan 70an, pasukan ini juga berjaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM300.00. Pasukan ini telah membuktikan umur bukan menjadi penghalang kepada mereka untuk terus aktif dalam aktiviti kecergasan.
Pasukan RSFKR juga telah meraih johan manakala pasukan Gorgon mendapat tempat ketiga pertandingan. Empat orang pemenang bagi kategori individu lelaki dan wanita terbaik, best of the best dan pakaian terbaik masing-masing membawa pulang sebanyak RM100.00 tunai. PBSB Miri mengucapkan setinggi penghargaan kepada para jurutunjuk daripada Kelab Kecergasan Evolution Permyjaya yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pertandingan Aerobicthon kali ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
