PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS SIRI 10 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI 2025

PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS SIRI 10 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI 2025

Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak

Sarikei, 19 Oktober 2025 : Satu Program Senaman Warga Emas Peringkat Bahagian Sarikei Siri 10 telah dilaksanakan di Rumah Panjang Alen yang dilaksanakan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Goyang Sarikei yang diketuai oleh pengerusi kelab itu sendiri, Encik Haslie Bin Umar.
Program ini menyediakan golongan warga emas yang sihat dan aktif menjelang 2030 (Negara Menua). Mempromosikan aktiviti senaman dan kecergasan dalam kalangan warga emas bagi mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. Menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Jutaan terima kasih kepada peserta yang hadir menyokong program ini.
Siri ini merupakan penutup tirai bagi Program Senaman Warga Emas Peringkat Bahagian Sarikei 2025. PBSB Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Jumpa lagi di tahun hadapan!

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#senamanwargaemas
#pbs6d

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 10:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search