- JBS Sarawak
- Hits: 75
WARGA SARIKEI MENYAHUT ASPIRASI KERAJAAN UNTUK MEMBUDAYAKAN SUKAN DI KALANGAN RAKYAT
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 18 Oktober 2025 : Sambutan Hari Sukan Negara yang dianjurkan pada setiap bulan Oktober, sejak tahun 2015 adalah bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.
Bahagian Sarikei telah menganjurkan program tersebut pada 17-19 Oktober 2025 dan majlis perasmian telah diadakan pada 18 Oktober 2025 di Dewan Suarah Sarikei. Sebanyak 11 acara termasuk Program Ikonik - Mass Fit Aerobic, Program Teras - Larian Ria Madani dan Kayuhan Madani telah dianjurkan pada sambutan kali ini. Seramai 33, 089 orang atau 34.8% penduduk Bahagian Sarikei menyertai aktiviti Hari Sukan Negara pada tahun ini. Sambutan hangat terhadap program Hari Sukan Negara membuktikan ramai rakyat telah sedar berkenaan kepentingan bersukan serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Pemanca Chan Phan Chan mewakili YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P.208 dan ADUN N.45 Repok. Hadir bersama ialah Y.Brs Tuan Badjuri bin Hj. Bidin, Timbalan Residen Bahagian Sarikei merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Sukan Negara 2025 peringkat Bahagian Sarikei.
PBSB Sarikei merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Hari Sukan Negara peringkat Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#HSN2025
#pbs6d
