- JBS Sarawak
- Hits: 8
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 16 Oktober 2025 – Sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Sarawak, satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan di Padang KPSU, Sri Aman melibatkan pasukan Agensi Kerajaan Persekutuan menentang Agensi Kerajaan Negeri.
Perlawanan yang berlangsung pada jam 4.30 petang itu berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dan disaksikan oleh warga tempatan yang hadir memberi sokongan. Aksi menarik dan mesra antara dua pasukan kerajaan ini menyerlahkan nilai perpaduan serta gaya hidup aktif yang menjadi teras penganjuran HSN.
Pasukan Agensi Kerajaan Persekutuan tampil cemerlang dengan kemenangan bergaya 5 - 1 ke atas pasukan Agensi Kerajaan Negeri. Antara pemain yang menonjol ialah Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang berjaya menjaringkan dua gol untuk pasukan Persekutuan.
Walaupun keputusan memihak kepada pasukan Persekutuan, objektif utama penganjuran ini tetap tercapai — iaitu memperkukuh hubungan silaturahim antara warga kerja kerajaan serta memupuk semangat bersukan dalam kalangan masyarakat.
#HariSukanNegara #HSN2025 #MalaysiaAktif #JBSNSarawak #MalaysiaMADANI