- JBS Sarawak
- Hits: 65
PEMERIKSAAN AKHIR KERJA-KERJA NAIK TARAF GELANGGANG TENIS MAKSAK SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 16 Oktober 2025 : Gelanggang Tenis MAKSAK Bahagian Sarikei telah selesai dinaiktaraf menggunakan peruntukan pembangunan KBS melalui JKR Bahagian Sarikei.
Pemeriksaan akhir terhadap gelanggang tersebut sebelum penyerahan kepada pemilik gelanggang telah dibuat oleh Pegawai dari JKR Sarikei, pihak Kontraktor dan Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Turut hadir ialah wakil dari Persatuan Tenis Sarikei dan Encik Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Cawangan Pentadbiran, Kewangan dan Rakan Muda.
Selesai pemeriksaan, pihak PBS Bahagian Sarikei telah berjumpa dengan AO Donald Gani, Setiausaha MAKSAK Bahagian Sarikei, bagi memaklumkan perkara ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada sema atas kerjasama dalam menjayakan perkara ini.
