- JBS Sarawak
- Hits: 75
Lawatan Dan Pemeriksaan Inspektorat Susulan Di Pejabat Belia Dan Sukan Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan oleh: Everlyn M. JBSN Sarawak
BINTULU, 16 OKTOBER 2025 – Lawatan dan Pemeriksaan Inspektorat Susulan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh Encik Mike Palmer Anak Frankie Riya , Pegawai Keselamatan dan Puan Hajariah binti Willie, Pembantu Keselamatan telah dilaksanakan pada 14 Oktober 2025 dan bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bintulu serta dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat lawatan susulan dan perbincangan Laporan Pemeriksaan Inspektorat yang telah diadakan pada 13 Mac tahun 2023 dahulu. Selain itu juga ianya diadakan untuk menilai semula tahap keselamatan perlindungan yang sedia ada dan memastikan Jabatan sentiasa mematuhi dan melaksanakan semua peruntukan yang terkandung di dalam buku Arahan Keselamatan.
Lawatan dan pemeriksaan ini telah dijalankan daripada pukul 9 pagi sehingga 11 tengahari. Hasil daripada lawatan tersebut pihak pejabat banyak belajar serta lebih memahami peruntukan yang terkandung yang melibatkan segala arahan-arahan keselamatan yang telah termaktub di dalam Buku Arahan Keselamatan. Pihak pejabat juga akan lebih arif dalam melaksanakan dan mematuhi arahan keselamatan terutamanya melibatkan Pekeliling - pekeliling Am Sulit dan Akta Rahsia Rasmi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbbintulu
