- JBS Sarawak
- Hits: 72
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Bahagian Betong Bil.2/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 16 Oktober 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Bahagian Betong Bil 2/2025 telah diadakan pada 15 Oktober 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Muhammad Dino bin Amid, Pegawai Daerah Saratok. Antara agenda utama mesyuarat ialah pembentangan persiapan oleh setiap jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas pelbagai komponen acara seperti keselamatan, teknikal, logistik, pendaftaran dan promosi.
Mesyuarat ini bertujuan untuk memastikan segala aspek penganjuran berjalan lancar serta diselaras dengan baik agar sambutan HSN2025 Peringkat Bahagian Betong dapat memberi impak positif kepada komuniti setempat.
Pihak urus setia turut menzahirkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan HSN 2025 sebagai salah satu inisiatif nasional mempromosikan gaya hidup sihat dan perpaduan melalui sukan. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Betong yang bakal berlangsung pada 18 Oktober 2025 bertempat di Pentas Utama Sri Kalaka Saratok. Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan untuk semua lapisan masyarakat.
