- JBS Sarawak
- Hits: 90
Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak Bahagian Betong Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 90
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 16 Oktober 2025- Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak Bahagian Betong Tahun 2025 telah dilaksanakan pada 12 Oktober 2025 bertempat di RTC Layar. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Layar Hills Sepak Takraw Club dan SABERKAS Layar sebagai usaha memperkasakan gaya hidup sihat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti pribumi di kawasan tersebut.
Antara pengisian menarik sepanjang program ialah senam cergas, aktiviti sukaneka, pertandingan menyumpit (23m) dan pertandingan sepak raga bulatan.
Sebagai tanda penghargaan, pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat serta kepada rakan strategik yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini khususnya Layar Hills Sepak Takraw Club
