Mesyuarat Pelaksanaan Program Debak MTB XC Challenge Tahun 2025

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak 

BETONG, 6 Oktober 2025-Satu mesyuarat pelaksanaan Program Debak MTB XC Challenge Tahun 2025 telah diadakan pada 3 Oktober bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN N.35 Saribas yang akan dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Bahagian Betong. 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Temenggong Hj Piee bin Alwi dan dihadiri oleh beberapa wakil agensi serta jawatankuasa pelaksana yang terlibat dalam program berkenaan. Turut hadir ialah Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. 

Pelaksanaan program ini telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK).Setakat ini seramai 130 peserta telah mendaftar bagi menyertai cabaran ini dan ia melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara termasuk peserta dari Indonesia, Brunei, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sendiri.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search