- JBS Sarawak
- Hits: 65
Pertandingan Petanque 1000 Liga Bahagian Miri Tumpu Penyertaan Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 13 OKTOBER 2025 – Pertandingan Petanque 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri kali membuktikan sukan ini turut digemari oleh golongan belia dengan penyertaan seramai 100 orang. Pertandingan ini dilaksanakan pada 11 Oktober 2025 di IKBN Miri sebaik sahaja selesai sesi senamrobik Malaysia Aktif @ Komuniti bersempena Hari Sukan Negara 2025 @ IKBN Miri.
Sukan Petanque merupakan salah satu daripada lima acara sukan yang dipertandingkan di bawah program 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri bagi tahun ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, sejurus selesai pertandingan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang atas penyertaan aktif mereka, serta penghargaan turut diberikan kepada IKBN Miri yang telah memberikan kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan acara ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
