- JBS Sarawak
- Hits: 65
20 pasukan sertai Kejohanan Futsal HSN di SMK Luak, Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 13 OKTOBER 2025 – Sebanyak 20 pasukan dari pelbagai pasukan sekolah, kelab dan komuniti sekitar daerah Miri telah menyertai Kejohanan Futsal Hari Sukan Negara (HSN) 2025 pada 11 Oktober 2025 di gelanggang futsal SMK Luak, Miri. Aktiviti dianjurkan Kelab Bolasepak SMK Luak dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, Miri FA dan Educator FC sempena sambutan HSN 2025.
Penganjuran tersebut bertujuan menyemarakkan semangat kesukanan, memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti dan institusi pendidikan, serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia setempat. Kejohanan ini bukan sahaja sebagai platform mencungkil bakat baharu dalam sukan futsal, tetapi juga wadah memperkukuh hubungan antara pelajar, komuniti serta organisasi sukan tempatan seperti Miri FA dan Educator FC.
PBSB Miri mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kelab Bolasepak SMK Luak di atas penganjuran kejohanan tersebut sebagai tanda sokongan dalam menjayakan Hari Sukan Negara serta tahniah kepada semua pemenang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
