- JBS Sarawak
- Hits: 91
Kampung Long San Tuan Rumah Karnival Sukan Luar Bandar Dan Peribumi 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 91
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 13 OKTOBER 2025 – Mesyuarat Pelaksanaan Sukan Karnival Luar Bandar dan Peribumi 2025 yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau mengesahkan Kampung Long San menjadi tuan rumah Karnival Sukan Luar Bandar dan Peribumi 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober ini.
Pelbagai sukan tradisional dan aktiviti komuniti yang menghimpunkan masyarakat etnik peribumi diadakan dalam karnival sehari hasil inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak melalui Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri.
Antara acara yang bakal dipertandingkan ialah bola tampar campuran terbuka, sepak takraw lelaki terbuka, menyumpit (kategori lelaki dan perempuan) terbuka serta street soccer bagi pelajar SMK Temenggong Datuk Lawai Jau. Turut diadakan ialah pameran kementerian, ceramah motivasi dan aktiviti ‘Mari Mencuba’ untuk pengunjung.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
