- JBS Sarawak
- Hits: 82
Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Sarawak 2025 Meriah di Boulevard Shopping Mall, Kuching
- JBS Sarawak
- Hits: 82
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 11 Oktober 2025 – Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Sarawak 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat di Boulevard Shopping Mall, Kuching. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) dan Kelab Kecergasan 1Kenyalang, Kuching.
Sebanyak lapan pasukan telah berentap, masing-masing empat pasukan bagi kategori remaja dan empat pasukan bagi kategori dewasa. Turut hadir menyaksikan pertandingan ialah Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak; Prof. Madya Dr. Hajah Mastura Binti Johar, Presiden Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia merangkap Juri Superior; dan Dr. Haji Mardian Shah Omar, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia merangkap Ketua Juri.
Bagi kategori remaja, pasukan Rythmix 8 dari SMK Hajjah Laila Taib dinobatkan sebagai johan, diikuti Dynamic 8 juga dari SMK Hajjah Laila Taib di tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi oleh BADAS dari SK PlaieDC.
Sementara itu, kategori dewasa menyaksikan Hornbill Rhythm muncul johan, Fit Dancers dari Fit Aerobics and Dance Academy di tempat kedua, dan UiTM Sarawak di tempat ketiga.
Tahniah kepada semua pemenang dan selamat menyambut Hari Sukan Negara 2025!
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#HSN2025
