- JBS Sarawak
- Hits: 84
Program Senaman Warga Emas Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2025 Siri 1 Serentak Dilaksanakan Di Tatau Dan Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 84
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 10 OKTOBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah melaksankan Program Senaman Warga Emas Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2025 secara serentak di Pusat Aktiviti Warga Emas Tatau dan di Dewan Suarah Bintulu pagi tadi.
Senaman untuk warga emas amat penting bagi mengekalkan kesihatan fizikal, kekuatan otot, keseimbangan, dan fleksibiliti, serta membantu mengurangkan risiko jatuh dan penyakit kronik.
Program ini merupakan kolaborasi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Pejabat Kesihatan Bintulu (Unit Phisioterapi), Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE TATAU) & Pusat Perkhidmatan Warga Emas Bintulu (PPWE).
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
